Assalamualaikum wbt and good day everyone! yang sudi datang dan membaca coretan Abang Misai di sini. Terima kasih banyak-banyak.
First on for most saya nak alu-alukan kedatangan korang semua ke blog ini. Insya Allah melalui blog ini saya akan kongsikan pelbagai cerita pasal hobi yang diminati oleh ramai orang iaitu memancing juga apa-apa saja lah yang berkaitan dengan ikan. Kalau korang nak tau blogspot ini adalah projek ke 3 atau keempat saya berkaitan sukan memancing ni. Saya sudah ada FB page yang mempunyai follower lebih 1000 orang, youtube channel yang ada baru 100 orang subscriber, instagram yang baru nak diaktifkan dan akhirnya saya buat blog ini.
Sasaran saya mudah saja. Saya mahu berkawan dengan lebih ramai orang yang minatnya sama dengan saya dan saya mahu berkongsi apa yang saya tau sebab at the end kita tak sedar banyak benda kita dah tau tapi kita telah pun melupakannya. Jadi FB, Youtube, Instagram dan blogspot ini bakal menjadi tempat rujukan saya atau anak-anak saya bila saya sudah tua atau tiada nanti.
Well, ini lah muqaddimah daripada saya. Please stay tuned sebab orang bakal membaca dan melihat cerita-cerita best saya pasal mancing selepas ini.

No comments:
Post a Comment